Belina Shop

Parti Persetubuhan Haram

Kesian orang melayu, nampaknya mereka lebih suka dan gemar dan minat dan amat tertarik untuk bersekongkol dengan parti penghancur bangsa melayu. Tak payah hairan jika suatu hari nanti DAP ni menindas PAS ataupun PKR menindas PAS.

Teringat lagi pada kata-kata pemimpin PAS pada muktamar ke 54 tahun lalu yang mereka mengatakan mereka akan menolak parti yang tidak berkerjasama dalam memperjuangkan agenda mereka. Dan PAS juga mengatakan mereka akan bergerak sendiri.

Tapi kini? Setelah dibidas oleh Karpal Singh, mereka masih mahu menjalinkan hubungan terkutuk dengan DAP? PAS owh PAS, sampai bila kau nak jalinkan persetubuhan haram itu. Daripada kau dengan DAP, lagi baik kau dengan UMNO yang memperjuangkan Melayu Islam.

Lirikan oleh Sharps Shooters.


AKHIRNYA bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin boleh tersenyum riang kerana Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menyebelahinya untuk mengarahkan PAS supaya menolak permuafakatan Melayu.

Seperti gambar yang tersiar dalam laman berita portal Malaysiakini, Nizar tersenyum lebar kerana cita-cita serta agendanya untuk terus memecahkan Melayu di Perak dan bertuankan DAP berjaya. Soalnya tidakkah Nizar sedar, perpecahan Melayu akan terus menguntungkan kaum lain.

Dalam pertemuannya dengan Dewan Muda DPMM Perak, sebaik sahaja ditabalkan sebagai Menteri Besar beliau mengakui beliau hanyalah MB minoriti. Jika beliau benar-benar sedar mengapa beliau tidak berusaha untuk menjadi MB majoriti dengan menjayakan permuafakatan Melayu?

Penolakkan PAS terhadap permuafakatan Melayu sudah tentunya selepas didesak oleh PKR dan DAP. Kedua-dua parti ini sedar bahawa jika Melayu berpadu mereka tidak akan dapat melaksanakan agenda mereka.

Bagi PAS kegagalan permuafakatan Melayu, akan terus meletakkan parti itu dalam keadaan lemah. Percaturan politik mereka akan terus bergantung kepada sokongan bukan Melayu, seperti di Bukit Gantang misalnya.

Mereka mungkin kehilangan kuasa di Kedah kerana orang Melayu marah dengan gara-gara penderhakaan Nizar terhadap DYMM Sultan Perak. Melayu Kedah yang dikenali dengan taat setia kepada DYMM Sultan Kedah, tidak akan member muka kepada golongan penderhaka.

Di Selangor, PAS masih tidak senang dengan kerajaan pakatan pimpinan PKR yang lebih selesa dengan DAP dari parti pseudo-Islam ini. Sudah beberapa kali Pemuda PAS misalnya menyanggah keputusan Kerajaan Negeri kerana bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu.

Di Perak, PAS sudah patut menutup cita-cita mereka untuk memegang jawatan MB kalaupun pakatan menang PRU 13 kerana DAP sudah pun mengenalpasti calon Menteri Besar mereka. Itupun jika mereka menang.

Jentera Barisan Nasional dibawah kepimpinan Dr Zambry Abd Kadir sudah belajar dari kesilapan lepas dan kini lebih memberikan tumpuan memenangi hati dan jiwa rakyat daripada bermain politik ala-Nizar. Apapun, permuafakatan tidak merugikan UMNO dan Barisan Nasional.

Sebaliknya yang rugi ialah PAS itu sendiri yang kian terhakis pengaruhnya dalam Pakatan Rakyat. - Selamatkan Perak

0 comments:

Post a Comment