Hassan Ali Tidak Layak Sertai Pakatan Rakyat

KALAU DIKAJI BETUL-BETUL APA YANG DIKATAKAN OLEH TOKOH YANG PALING BERPENGALAMAN DI DALAM ARENA POLITIK NEGARA IAITU YAB TUN DR MAHATHIR DAN DIBUKTIKAN PULA DENGAN KEMELUT DALAMAN POLITIK SILIH BERGANTI YANG DIHADAPI OLEH PAKATAN MAKA SEMEMANGNYA JELAS PAKATAN RAKYAT TIDAK AKAN MAMPU MENTADBIR NEGARA DENGAN BAIK MELAINKAN AKAN MENGHANCURKAN APA YANG TELAH ELOK TERBINA SELAMA INI.

ITULAH DIA PAKATAN RAKYAT…SATU PAKATAN YANG DISUSUN SECARA TERGESA-GESA LAGI TIDAK RASMI SELEPAS PILIHAN RAYA UMUM KE 12 TEMPOHARI YANG DILIHAT UMUM HANYA BERTUJUAN CUBA MENYAINGI JUMLAH KUASA YANG DIPEROLEHI OLEH BN.

INIKAH KUMPULAN YANG DI INGINKAN LAGI DIYAKINI OLEH PENYOKONG MEREKA UNTUK MEMERINTAH SEBUAH NEGARA MAJMUK SERBA UNIK SEPERTI MALAYSIA. KATA TUN ADALAH SATU BENCANA PADA NEGARA SEKIRANYA MEREKA MEMERINTAH. PENULIS BERSETUJU DENGAN PENDAPAT TERSEBUT KERANA TAK MUSTAHIL BERLAKU BENCANA SEKIRANYA MEREKA BENAR-BENAR MENDAPAT KUASA MEMERINTAH NEGARA KERANA KETEGANGAN DAN PERSELISIHAN PENDAPAT YANG BERPANJANGAN DIANTARA MEREKA SECARA LANGSUNG PASTI JUGA AKAN MEMPENGARUHI PEMIKIRAN RAKYAT DAN INI ADALAH AMAT TIDAK SIHAT DAN MEMBERIKAN KESAN YANG BURUK PADA PERPADUAN, KEHARMONIAN DAN PEMBANGUNAN DIMALAYSIA.

MEREKA SESEKALI TIDAK AKAN MAMPU MENJADI SEPERTI BN KERANA IKATAN DAN GABUNGAN BN ADALAH BERDASARKAN KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN. TIDAK UJUD AGENDA TERSEMBUNYI ATAU TIKAM MENIKAM DIANTARA PARTI-PARTI KOMPONEN BN KERANA SEMUA MASALAH YANG TIMBUL PASTI MAMPU DISELESAIKAN DENGAN BAIK DIMEJA PERUNDINGAN. APAKAH RAMUAN DAN RAHSIANYA UTAMA YANG MEMBAWA KEJAYAAN MENGEKALKAN KESEFAHAMAN DALAM BN SELAMA 50 TAHUN MEMERINTAH ?. YA...RAHSIANYA ADALAH KERANA IKATAN BN BERDASARKAN KESEFAHAMAN DAN KEAKRABAN YANG BERSIFAT ASLI LAGI RASMI DAN BERLANDASKAN PULA PERLEMBAGAAN NEGARA, JAUH SEKALI DARI BERGIMIKKAN PELUK CIUM DAN LAKONAN CERIA BERSIFAT PENUH KEPURA-PURAAN DAN KEPALSUAN KETIKA DIHADAPAN MEDIA…KAH..KAH..KAH..!!!


Majlis Melawat Tapak Kuil Kerajaan Pakatan


Rakan-rakan blogger pohon sebarkan keblog masing-masing.


Akibat tersalah undi di PRU12, penduduk semakin tertekan



Letih lihat video ni. Bayangkan bagaimana Anwar boleh pilih Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dan sudah pasti tangkap muat adalah jawapan tepat.

Beliau sudah gagal menjadi MB yang baik dan siapa yang memilihnya adalah orang yang patut bertanggungjawab.. isu di Selangor adalah antara isu isu yang berlaku di bawah pemerintahan Pakatan Rosak seperti isu BABI di Kedah, isu Kg Buah Pala di Pulau Pinang, isu tanah 999 tahun di Perak semada bawah Nizar dan sebagainya...

Itu baru mendapat lima negeri !

Bayangkan apa akan jadi jika satu Malaysia diperintah oleh PR selepas rakyat memberi mandat pada PRU yang lalu ? Tentu huru hara negara kita.

Jika ia berlaku, tentu matlamat negara asing untuk melihat negara kita kacau bilau dan bergaduh antara agama dan bangsa akan tercapai.

Masa itu, kita tidak akan aman lagi. Aktiviti membeli belah hingga larut malam akan ditinggalkan kerana ancaman keganasan. Juga kegemaran minum di kedai mamak hingga larut malam akan terhalang kerana ada ancaman dari mereka yang marahkan umat Islam.

Ia antara contoh. Banyak lagi yang akan berlaku dan anda fikirkanlah...

Lihat video di bawah dan mari kita edarkan agar rakyat sedar bahawa tidak ada pilihan lain selain yang sedang memerintah negara kita sekarang iaitu Barisan Nasional...

Percayalah atau anda sendiri rasailah akibatnya jika salah memilih pada pilihanraya akan datang.