Belina Shop

Jangan Fikirkan Nama Mereka. Fikir Cara Membanteras Mereka


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek tidak bersetuju istilah samseng jalanan digunakan bagi menggantikan gelaran mat rempit untuk merujuk kepada penunggang motosikal yang berlumba secara haram di jalan raya dan turut berkelakukan ganas.

"Gelaran samseng jalanan agak keterlaluan. Hanya segelintir sahaja dari mereka di kalangan mat rempit yang terlibat dengan jenayah manakala sebahagian besar lagi hanya anak muda biasa," katanya.

Baru-baru ini Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata istilah mat rempit perlu ditukar kepada samseng jalanan di samping dikenakan hukuman lebih berat termasuk penjara mandatori kepada golongan ini.

Gelaran samseng jalanan lebih sesuai kerana tindakan dan kelakuan ganas golongan itu boleh mengancam nyawa orang lain, katanya.

Ahmad Shabery, berkata fenomena merempit merupakan satu ledakan budaya yang berlaku di mana-mana negara seperti yang dipaparkan dalam filem Hollywood seperti Tokyo Drift dan The Fast and the Furious.

Pandangan Aku:

Mat rempit ditukar nama apa sekali pun tetap membahayakan orang ramai. Kenapa perlu kita memikirkan nama untuk mereka? Apa yang patut kita fikirkan sekarang ni apakah hukuman yang sesuai untuk mereka dan bagaimana nak banteras muda mudi yang suka merempit macam samseng jalanan ni? Motor yang dah berusia berabad lama contohnya kapchai Honda atau yang lain-lain tu patut tidak dibenarkan lagi berada di atas jalan raya. Kita sibuk-sibuk memikirkan nama, mat rempit plak tak sabar-sabar menunggu nama baru mereka. Lagi satu, naikkan had umur untuk mendapatkan lesen B2. 16 tahun dah boleh dapat lesen mana tak budak budak sekarang nak merempit dari usia muda.

0 comments:

Post a Comment