Belina Shop

Nik Aziz, Berundurlah.. Jangan Makin Melalut!

Dengan usia yang lanjut dan ditambah kesihatan yang tidak mengizinkan wajar TGNA meletakan jawatan untuk memberi peluang pada buah fikiran yang muda untuk mentadbir Kelantan .Kerana keadaan TGNA yang selalu sahaja dalam keadaan yang tidak berapa sihat ,ini sedikit sebanyak menggangu fikiran TGNA untuk memberikan fikiran yang bernas.

Mungkin kerana kesihatan yang kurang baik lah TGNA tidak dapat memberikan idea dan cadangan yang konkrit berkenaan kerajaan perpaduan.TGNA perlu melepaskan jawatannya kerana dalam keadaan kesihatan yang sering terganggu tidak mustahil keputusan TGNA juga banyak yang tidak selari dengan kehendak Islam.

Lihat sahaja dengan cadangan kerajaan perpaduan dimana TGNA tidak dapat mencari satu keputusan yang boleh diterima oleh Pas dan umno.Sekejap TGNA kata terima dan sekejap kata ditolak dan sekejap mentafsirkan pemimpin Pas yang mahu kan perpaduan umat Islam dan orang melayu digelar boneka Umno.TGNA sebenarnya lupa yang beliau sendiri adalah boneka pada Pkr dan Dap.

TGNA yang dipanggil ulama seharusnya mencari satu kaedah yang boleh meleraikan perselisihan pendapat dengan HH dan Nasharuddin dalam mencari persamaan dalam cadangan kerajaan perpaduan HH.Bagi saya hitam kata TGNA hitam lah,nampak sangat TGNA menggunakan kuasanya untuk semua ahli Pas menuruti segala kehendaknya walaupun ahli Pas telah menunjukan sedikit sokongan pada kerajaan perpaduan.

Jadi saya mengharapkan pada semua pihak baik pada ahli ahli Pas agar perlu mendesak TGNA letak jawatan agar orang melayu dan Islam tidak lagi keliru dengan saranan TGNA yang menolak kerajaan perpaduan yang saya lihat tujuan penubuhan kerajaan perpaduan adalah untuk kebaikan seluruh umat Islam dinegara ini. Kamal

0 comments:

Post a Comment