Belina Shop

Orang Melayu Tidak Akan Bersatu Selagi PAS Bersama Pakatan Rakyat


Orang Melayu Tidak Akan Bersatu
Selagi PAS Bersama Pakatan Rakyat
Nik Aziz Tunduk Kepada Lim Kit Siang
Umat Melayu Islam Dipecahbelahkan Oleh Mereka

Kerajaan perpaduan telah ‘berkubur’ - Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, cadangan kerajaan perpaduan demi kepentingan Melayu telah ‘berkubur’ dan Pas tidak akan menyebutnya lagi.

Beliau berkata, ruang untuk Pas atau UMNO berbincang lagi mengenai isu tersebut sudah tertutup kerana Pas telah mencapai perpaduan melalui pakatan pembangkang.

“Isu (kerajaan) perpaduan kami dah tanam, dah berkubur. Pakatan adalah lebih melambangkan perpaduan, lebih daripada maksud perpaduan iaitu ia terdiri daripada berbilang kaum.“Melayu buat apa? Tak usahlah timbul isu perpaduan itu lagi kerana kami dah baca talkin, jadi apa masalahnya?” tegas beliau. (Sumber : Utusan Malaysia 06/07/2009)

----------------------------------------------------------

Umat Islam Hilang Ketuanan Jika Biar Perpecahan - Tan Sri Harussani (Mufti Perak

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan umat Islam khususnya orang Melayu bahawa mereka akan hilang ketuanan di negara ini sekiranya terus membiarkan perpecahan menular di kalangan mereka.

Sambil mengaitkannya dengan keadaan politik semasa, beliau berkata, keadaan itu tidak harus berlaku kerana ajaran Islam menyarankan supaya semua penganutnya bersatu.

Katanya, semua umat Islam perlu melihat kembali dua perkara utama dalam ajaran Islam iaitu rukun iman yang menyentuh kepada pembentukan sahsiah manakala rukun Islam berkait rapat dengan pembentukan masyarakat Islam.

"Jika umat Islam terlalu suka merebut perkara yang melibatkan kebendaan, maka perpecahan akan berlaku. Keadaan ini dilihat berlaku di Malaysia dan negara lain di seluruh dunia pada hari ini.

"Sekiranya perpecahan ini dibiarkan berlaku sedikit demi sedikit, umat Islam mungkin akan hilang ketuanan," katanya. (Sumber : Utusan Malaysia 04 Julai 2009)

0 comments:

Post a Comment