Kalau Anwar, Azmin dan Shamsul sembah mayat biasalah. Mereka adalah fasik!
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock walaupun Dewan Ulama Pas menyifatkannya sebagai meragukan. Beliau yang menyifatkan isu itu sengaja diperbesar-besarkan menyerahkannya kepada Nizar jika ia berhubung kait dengan niat ketika menghadiri majlis tersebut.
''Dewan Ulama menyatakan meragukan, ia tidak serupa dengan haram kerana 'ragu' lain, 'haram' lain, kalau ditanya adalah bergantung dengan niat, biarkanlah (serah kepada Nizar). Saya sendiri kalau orang agama Hindu atau Cina jemput, saya tanya, ini agama atau adat resam, kalau agama saya tidak boleh pergi tetapi kalau adat resam saya boleh buat," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di pekarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV di sini hari ini.
Sumber: Utusan Online.
Akhirnya penantian saya berakhir. Demi untuk mempertahankan salah laku pengikutnya. TG Nik Aziz sanggup menjual Agama. Demi untuk mempertahankan konsep kepartian yang sempit, TG Nik Aziz sanggup menggadaikan Agama Islam. Nauzubillah hi minzalik.
Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain:
"Saya bersetuju perbuatan ini boleh mencacatkan akidah atau dengan kata lain hukumnya syirik. Dalam perkara ini saya ingin membuat satu persoalan, adakah kita terlalu mengharapkan manfaat dunia yang bersifat sementara hingga sanggup menggadai agama sendiri,''
Komen daripada Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama Pas seperti berikut:
Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu. Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya? Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita. Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.
0 comments:
Post a Comment