Puak-puak Pakatan Haram ni suka sangat buat undian. Segala keputusan bancian, kaji selidik atau undian terutama dari Merdeka Centre, satu badan yang berkait rapat dengan puak-puak Pakatan Haram ini akan dibesar-besarkan. Responden walaupun tidak sampai 1,000 orang akan dianggap sebagai keputusan yang merangkumi majoriti. Nah, sekarang giliran saya pula untuk bagi satu fakta kaji selidik:
Lapan puluh peratus dari 10,000 responden kaji selidik berkumpulan Jabatan Penerangan Malaysia tidak mahu Chin Peng dibenarkan pulang atau diberi kerakyatan. Ketua pengarah jabatan tersebut Datuk Abdullah Morad berkata, kaji selidik itu dilakukan di kalangan pelbagai kaum di seluruh negara setelah timbul cadangan pihak tertentu yang bersetuju membenarkan bekas pemimpin atasan Parti Komunis Malaysia (PKM) itu pulang atas aspek kemanusiaan, lapor Bernama.
Sumber: Malaysiakini.
Faham atau tidak maksud data berkenaan. Maksudnya, 80% atau 8,000 daripada 10,000 responden dalam kaji selidik Jabatan Penerangan Malaysia menolak idea bodoh dan provokatif Anwar Ibrahim yang mahukan Chin Peng pulang ke Malaysia. Ini belum lagi termasuk undi saya dan jutaan lagi rakyat Malaysia. Ada kamu faham wahai Anwar bin Ibrahim? -Cucu Tok Selampit

0 comments:
Post a Comment