Belina Shop

BTN MENDOKONG SEMANGAT PATRIOTISME 1MALAYSIA


1. Fungsi dan peranan Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan kenegaraan serta memberi latihan sikap berteraskan sistem nilai murni. Ini termasuk 8 nilai aspirasi 1malaysia iaitu Budaya Prestasi Tinggi, Budaya ILMU, Budaya ketepatan, Budaya INOVASI, Integriti, Ketabahan, kesetiaan dan Kebijaksanaan.

2. Peserta terdiri daripada semua lapisan rakyat 16 tahun dan ke atas, pemimpin masyarakat, warga institusi pendidikan, anggota perkhidmatan awam, siswa/siswi, NGO dan Swasta.

3. Moto BTN ialah "BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN", Telah menerima sijil ISO 9001 pada 4 Sept 2009 daripada SIRIM kerana kursus2 yang berkualiti, mempunyai perancangan, teratur dengan arahan tetap dan kaedah yang baik serta menepati piawaian.

4. BTN juga berperanan mempertingkatkan komitmen rakyat kepada wawasan negara yang berdaya maju dan hebat di persada dunia.

5. Silibus melibatkan latihan sikap berteraskan nilai2 murni bagi menjadi rakyat yang boleh menyumbang untuk pembangunan negara. Kaedah: Kursus 5hari 4malam atau 4hari 3malam atau seminar dengan pengalaman mempelajari, experimential learning, termasuk latihan jasmani dan kerohanian.

6. Ilmu dan maklumat yang disampaikan semuanya diperolehi berasakan fakta sejarah, fakta sahih & data yang diperolehi dari agensi berkaitan dan kumpulan pakar. Peserta juga diberi kebebasan untuk menyatakan pandangan, kritikan dan pendirian masing2.

7. BTN mendedahkan peserta dengan tajuk dasar negara, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan Gagasan 1Malaysia. Ini termasuk aspek 1Malaysia iaitu perpaduan, penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.

8. BTN tidak ada memburukkan mana-mana kaum kerana perkara2 yang disampaikan adalah berkaitan dengan perlembagaan negara juga konsep perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum. Kita menyeru kecemerlangan semua rakyat yang akhirnya akan menguntungkan negara.

9. Tindakan kerajaan negeri selangor adalah merupakan kekhuatiran politik sempit semata-mata. Adalah malang tindakan seperti ini akan merugikan sebahagian kakitangan dan pelajar di Selangor kerana tidak diberi peluang untuk mengetahui fakta2 dan hal2 terkii kenegaraan.

10. Rakyat perlu memahami dasar2 untuk membina negara, gagasan 1Malaysia, mendokong perlembagaan Persekutuan, bersemangat patriotik tanpa mengira ideologi masing2 kerana ianya adalah antara teras utama kepada kejayaan mencapai Wawasan 2020.

0 comments:

Post a Comment