Belina Shop

Pakatan Akan Retak dalam 12 hari lagi



Tidak perlu dinafikan lagi, Barisan Nasional adalah parti yang berjaya mengabungkan ideologi nasionalisme serta menyatukan tiga kaum utama serta etnik Sabah dan Sarawak yang diwakili oleh parti komponen masing-masing.

Bayangkanlah, selama hampir 53 tahun ia dipertahankan, misi dan visinya tetap sama walaupun kepimpinannya sudah bertukar ganti.

UMNO selaku parti paling dominan di dalam BN merupakan tunjang utama yang menentukan hala tuju parti.

Manakala MCA dan MIC menjadi dua parti pendokong yang akan bersama membuat keputusan di dalam BN namun, kuasa mutlak terletak kepada UMNO.

Inilah rahsia kejayaan BN yang akan senantiasa mendaulatkan ketuanan Melayu sejajar dengan tuntutan orang-orang Melayu yang mahu hak dan keistimewaan mereka dipelihara.

Bermula sejak lepas merdeka, BN terus memerintah negara dan dengan berpaksikan perlembagaan negara yang disusun rapi, maka elimen-elimen penting bersangkutan dengan Melayu dipelihara.

Antara elimen tersebut berkaitan dengan agama Islam, bahasa Melayu, Kedaulatan Sultan Melayu dan hak istimewa Melayu. Kesemuanya terpelihara di bawah piagam BN. Dalam masa yang sama kepentingan dan hak kaum lain dipelihara dan dijaga serapinya berdasarkan syarat-syarat yang termaktub.

Inilah rahsia kejayaan BN yang sukar ditandingi oleh parti setahun jagung Pakatan Rakyat.

PR untuk mendaftar sebagai sebuah partipun masih berbalah kerana tiada siapa yang dominan, DAP, PKR atau PAS.

PAS dan DAP pula berideologi berbeza iaitu PAS pro Islam, DAP anti Islam. PAS dan PKR juga berbeza, kerana PAS pro ulama dan PKR pro erdogan, PAS juga pro Islam Sebenar, PKR pro Islam Liberal.

Inilah masalah yang mereka hadapi dan pastinya sehingga kiamat sekalipun PR tidak akan berjaya didaftarkan.

Perbalahan mereka ini tidak akan memudahkan mereka menjadi pemerintah kerana jika dikalangan mereka sendiri sukar bersatu bagaimana mereka mampu memyatukan rakyat.

0 comments:

Post a Comment