Belina Shop

Bilamana Mahfuz Omar Gian Gam Getah



Ni dipetik daripada harakah daily.

1,800 pesara tentera berhak dapat pingat dan pencen KUALA LUMPUR, 22 Okt: Ahli Parlimen Poko Sena, Datuk Mahfuz Omar pagi tadi mencadangkan kesemua 1,800 pesara tentera yang dikenal pasti berjasa pada negara supaya diberikan anugerah dan elaun yang selayaknya.Cadangan itu dibuat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pingat Gagah Perkasa (PGP), di Parlimen hari ini. "Tidak bolehkah 1,800 orang yang dikenal pasti ini dianugerahkan pingat gagah berani dan pingat gagah perkasa disebabkan jasa mereka," tegasnya.

Kiranya inilah kenyataan melalut ataupun loklaq dari mahfuz Omar (baru lepas join anak lepas gian ke?). Mana tak melalutnya sebab hari itu bukan main lagi sokong komunis siap Pas kata komunis pun berjasa untuk kemerdekaan negara kita. Kemudian Pas melalak kata askar ni tentera upahan Bn sebab sokong BN undi pos (Dalam dunia ni siapa yang menentenag Pas dianggap berdosa besar apalagi yang mengkritik pas sehingga ada yang dihina termasuklah usataz, mufti, profesional, askar dan polis). Sekarang nak buat baik pulak nak bagi pingat. Nasihat kepada mahfuz tak payah lah sibuk-sibuk, hangpa balik pokok senalah. Orang sana dah mula bising sebab hang tak balik tengok kawasan. Eloklah pi settlekan masalah ayaq, sampah, rumput dah panjang di tepi jalan. Kalau perkara basic macam ni pun hangpa tak boleh selesai, baik sangkut je jubah tak payah jadi pemimpin duduk ngaji je kat sekolah pondok tu. Pondok Nik Aziz kan ada....... Hang pikiaq lah sendiri nooo.....


Pakatan Rakyat Celaka Pergi Jumpa Pacik Chin Peng



Walaupun Chin Peng jauh di Bangkok terdapat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sanggup membuat kejutan hari jadi Chin Peng kerana bertuankan kepada komunis ini.

Terdapat laporan dari blogger Pisau menyatakan pada 12/10/09 Ngeh Khor Ham dan M.Kulasegaran bersama 2 orang peguam pakatan haprak telah berlepas melalui lapangan terbang bayan lepas ke bangkok untuk menemui Chin Peng,bekas pemimpin parti komunis malaya. Urusan dipercayai ada usaha untuk membawa pulang dan menetap di malaysia.

Aku sebenarnya pelik kerana tiba-tiba ada laporan dari Malaysian Insider tentang kejutan sambutan hari jadi Chin Peng dari rakan-rakan tetapi tidak disebut siapa rakan-rakan mereka. Biasalah... secara logik takkan rakan dari BN kot.... kalu pembangkang logiklah kan..

Ini semua menunjukkan Pakatan Rakyat masih bertuankan komunis... walaupun komunis sudah berkubur tetapi idealisme komunis tetap subur dalam hati Pakatan Rakyatkhasnya DAP. Idea membuang hak Istimewa orang Melayu, menghapus Institusi raja dan Malaysian Malaysia yang dibawa Pakatan Rakyat jelas cenderong kepada Komunis sejak dahulu lagi.

Sebenarnya Pakatan Rakyat ialah ancaman sebenar kepada keselamatan rakyat Malaysia sebab mereka telah menimbulkan perlbagai huru-hara seperti demonstrasi haram, insiden gaduh di Pilihanraya Kecil dan banyak lagi. Rakyat Malaysia perlu sedar betapa komunis ini dan anak buahnya (Pakatan Rakyat) telah banyak membunuh orang Melayu zaman darurat dahulu... mereka ini perlu ditolak kerana dosa mereka membunuh pejuang tanah ini.


Pakatan Akan Retak dalam 12 hari lagi



Tidak perlu dinafikan lagi, Barisan Nasional adalah parti yang berjaya mengabungkan ideologi nasionalisme serta menyatukan tiga kaum utama serta etnik Sabah dan Sarawak yang diwakili oleh parti komponen masing-masing.

Bayangkanlah, selama hampir 53 tahun ia dipertahankan, misi dan visinya tetap sama walaupun kepimpinannya sudah bertukar ganti.

UMNO selaku parti paling dominan di dalam BN merupakan tunjang utama yang menentukan hala tuju parti.

Manakala MCA dan MIC menjadi dua parti pendokong yang akan bersama membuat keputusan di dalam BN namun, kuasa mutlak terletak kepada UMNO.

Inilah rahsia kejayaan BN yang akan senantiasa mendaulatkan ketuanan Melayu sejajar dengan tuntutan orang-orang Melayu yang mahu hak dan keistimewaan mereka dipelihara.

Bermula sejak lepas merdeka, BN terus memerintah negara dan dengan berpaksikan perlembagaan negara yang disusun rapi, maka elimen-elimen penting bersangkutan dengan Melayu dipelihara.

Antara elimen tersebut berkaitan dengan agama Islam, bahasa Melayu, Kedaulatan Sultan Melayu dan hak istimewa Melayu. Kesemuanya terpelihara di bawah piagam BN. Dalam masa yang sama kepentingan dan hak kaum lain dipelihara dan dijaga serapinya berdasarkan syarat-syarat yang termaktub.

Inilah rahsia kejayaan BN yang sukar ditandingi oleh parti setahun jagung Pakatan Rakyat.

PR untuk mendaftar sebagai sebuah partipun masih berbalah kerana tiada siapa yang dominan, DAP, PKR atau PAS.

PAS dan DAP pula berideologi berbeza iaitu PAS pro Islam, DAP anti Islam. PAS dan PKR juga berbeza, kerana PAS pro ulama dan PKR pro erdogan, PAS juga pro Islam Sebenar, PKR pro Islam Liberal.

Inilah masalah yang mereka hadapi dan pastinya sehingga kiamat sekalipun PR tidak akan berjaya didaftarkan.

Perbalahan mereka ini tidak akan memudahkan mereka menjadi pemerintah kerana jika dikalangan mereka sendiri sukar bersatu bagaimana mereka mampu memyatukan rakyat.