Belina Shop

Demi Prinsip Politik, Nik Aziz Sanggup Gadaikan Islam


Kalau Anwar, Azmin dan Shamsul sembah mayat biasalah. Mereka adalah fasik!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock walaupun Dewan Ulama Pas menyifatkannya sebagai meragukan. Beliau yang menyifatkan isu itu sengaja diperbesar-besarkan menyerahkannya kepada Nizar jika ia berhubung kait dengan niat ketika menghadiri majlis tersebut.

''Dewan Ulama menyatakan meragukan, ia tidak serupa dengan haram kerana 'ragu' lain, 'haram' lain, kalau ditanya adalah bergantung dengan niat, biarkanlah (serah kepada Nizar). Saya sendiri kalau orang agama Hindu atau Cina jemput, saya tanya, ini agama atau adat resam, kalau agama saya tidak boleh pergi tetapi kalau adat resam saya boleh buat," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di pekarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online.

Akhirnya penantian saya berakhir. Demi untuk mempertahankan salah laku pengikutnya. TG Nik Aziz sanggup menjual Agama. Demi untuk mempertahankan konsep kepartian yang sempit, TG Nik Aziz sanggup menggadaikan Agama Islam. Nauzubillah hi minzalik.

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain:

"Saya bersetuju perbuatan ini boleh mencacatkan akidah atau dengan kata lain hukumnya syirik. Dalam perkara ini saya ingin membuat satu persoalan, adakah kita terlalu mengharapkan manfaat dunia yang bersifat sementara hingga sanggup menggadai agama sendiri,''

Komen daripada Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama Pas seperti berikut:

Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu. Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya? Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita. Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.


Negara Sibuk Dengan Kematian Pegawai Khas Exco DAP


Yang di cari adalah punca kematian setiausaha sulit Exco DAP kerajaan Pakatan Selangor itu.

Dalam keadaan sihat walafiat semasa di siasat oleh SPRM dan keterangan kawan-kawan rapatnya bahawa Teoh tidak menunjukan apa-apa stress sebelum datang memberi keterangan sebagai saksi SPRM berakitan kes penyelewengan dana kerajaan yang di salurkan ke Majlis Daerah Petaling, kematiannya yang sungguh mengejutkan itu tentunya menimbulkan 1001 satu tandatanya.

Hanya yang hidup terpaksa membuat andaian dan spekualsi serta rekaan punca-punca kenapa Teoh Beng Hock mati jatuh bangunan.

SPRM sebagai pihak yang terakhir berada di samping Teoh Beng Hock sebelum di temui mati terbunuh akbiat kecederaan teruk kerana akibat terjatuh, merupakan pihak yang bertanggungjawabkan menjawab kejadian ini.

Pada kebiasaannya, pihak SPRM sangat teliti dalam penyiasatan, mereka bekerja berkelompok, mereka tidak memberi ruang kepada sesiapa untuk berlegar-legar terutama dalam premis mereka. Ke tandas pun pasti di temani.

SPRM dalam mencari maklumat sangat teliti, memerlukan masa yang sangat panjang, ini kerana semua soalan-soalan akan direkodkan dan jawapannya juga direkodkan. Di samping itu, soalan-soalan yang sama di ulang-ulang oleh beberapa pegawai penyiasat, setelah berpuas hati, maka pihak pegawai yang dipertanggungjawabkan akan mengulang soalan-soalan yang sama, pihak saksi atau OKT diminta bersumpah, bahawa semua jawapan TIADA YANG TIDAK BENAR SEMUANYA BENAR. Proses mengulang soalan-soalan dan jawapan ini memerlukan masa yang panjang, kerana setelah seluruhnya siap, pihak yang di tanya terpaksa membaca seluruh yang di tulis, jika berpuas hati, maka tanda tangan perlu diturunkan, kerana setuju, jika sebaliknya, maka pembetulan sana sini di perlukan.

Yang menjadi tanda tanya sekarang, sesi soal jawab antara mediang Teoh Beng Hock, ter sangat singkat, kerana menurut laporan, Teoh merupakan saksi SPRM. Selang waktu antara sesi soal jawab dan di temukannya Teoh jatuh bangunan, merupakan... turning point kepada kejadian ini???

Oleh itu, biarkan PDRM menyasat kejadian ini, beri mereka masa yang cukup, sebelum, jari kita mengarah ke mana-mana. Beri PDRM kepercayaan, kerana saya yakin, masih ada yang berintegriti di situ, kerana dalam se tandan pisang tidak semua rosak.


Menang Majoriti 65 undi? Petanda PAS sudah tidak Diterima Rakyat

Keputusan PRK DUN Manek Urai, walau pun memihak kepada Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dengan majoriti 65 undi. Satu majoriti yang paling memalukan pemimpin-pemimpin pakatan rakyat dalam sejarah kempen PRK. Sifat-sifat bongkak, sombong serta takbur kepemimpinan PAS, apa lagi denga n Tok Guru Nik Aziz telah memakan diri sendiri.

Majoriti 1,352 undi pada PRU 12 telah menjelaskan bahawa lebih seribu pengundi-pengundi PAS atau orang Melayu Islam sudah mula sedar bahawa PAS bersandiwarakan Islam untuk menipu umat Melayu. Umat Melayu khususnya di Kelantan, sudah jelak dengan kepura-puraan jubah, serban PAS, sudah jelak dengan kepuraan tangisan Nik Aziz, sudah jelak dengan kemungkaran Anwar Al Juburi yang berlagak warak.

Mengapa tidak, pada jam 3.00 petang, Pengarah Pilhan Raya PAS Kelantan, Abul Fatah Harun dengan penuh yakin dan takbur mengumumkan calon PAS sudah menang lebih 2,000 undi............ poooooooraaaaah......

Taktik-taktik kotor Nik Aziz menjalankan kempen dengan melebelkan UMNO parti ajaran sesat, menyamakan ajaran Ayah Pin dan Al Arqam. Anwar Al Juburi dalam kempennya membawa isu-isu Altantuya, royalti minyak dan membela Ching Peng pengganas komunis, sebenarnya untuk mengalih arah rakyat agar melupakan kes jolok jubur orang di mahkamah, bukan untuk membantu PAS. Lim Kit Siang dengan isu rasuah Kerajaan UMNO/BN, Malaysian Malaysia juga bagaikan menularnya H1N1 selsema babi, umat Melayu juga sudah mula sedar ke mana arah DAP sebenarnya.

Nik Aziz, demo perlu ingat tu, bahawa umat Melayu Kelantan memang teruja apabila idea Hadi Awang dengan kerjaan perpaduan. Umat Melayu Kelantan juga punyai pemikiran waras, yang manakah lebih baik bersama UMNO atau DAP komunis dan PKR (punggung kena rodok).

Nasib baik jugalah Nasharudin datang juga membantu, itulah dapat majoriti 65 undi.......... syabas Nasha, walau pun pemimpin PAS Kelantan tunjuk jaguh, gedebe, demo mari jugak tulung PAS kat Manek Urai...

Mengapa PAS menang nyawa-nyawa ikan ? sebab air paip di Kelantan penuh dengan karat !!!!!

Guana tok guru ? kalau ikut sejarah zaman Jepun, pewira Jepun tebus malu dengan cara rodok perut dengan pedang samurai, tok guru nok buat guana ? Anwar Al Juburi tok po lah, nuar ada tempat nok rodok, pas ni nuar buleh susuk muko kat dalam jel..............

Tahniah dan syabas kepada jentera UMNO/BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiden Yasin, satu hadiah terbesar buat Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak dalam meraikan 100 harinya menerajui negara.

Sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk kepada umat Melayu, bahawa pendokong-pendokong UMNO ikhlas berjuang mempertahankan martabat bangsa dan agama.

Tak payahlah PAS, PKR, DAP nak salahkan UMNO/BN dapat sokongan besar kerana memberi rasuah kepada pengundi-pengundi, pakatan rakyatlah sebenarnya ibu segala rasuah, sehingga kalau nak masuk syurga pun kena undi PAS..........

Allah selamatkan UMNO !!!!!!!!!!!!! Allah selamatkan pemimpin-pemimpin UMNO untuk martabat bangsa dan agama !!!!!!!!!

Hidup UMNO !!!!!!!! Hidup BN !!!!!!!

Hasil tulisan Yang Gambi (YG)


Orang Melayu Tidak Akan Bersatu Selagi PAS Bersama Pakatan Rakyat


Orang Melayu Tidak Akan Bersatu
Selagi PAS Bersama Pakatan Rakyat
Nik Aziz Tunduk Kepada Lim Kit Siang
Umat Melayu Islam Dipecahbelahkan Oleh Mereka

Kerajaan perpaduan telah ‘berkubur’ - Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, cadangan kerajaan perpaduan demi kepentingan Melayu telah ‘berkubur’ dan Pas tidak akan menyebutnya lagi.

Beliau berkata, ruang untuk Pas atau UMNO berbincang lagi mengenai isu tersebut sudah tertutup kerana Pas telah mencapai perpaduan melalui pakatan pembangkang.

“Isu (kerajaan) perpaduan kami dah tanam, dah berkubur. Pakatan adalah lebih melambangkan perpaduan, lebih daripada maksud perpaduan iaitu ia terdiri daripada berbilang kaum.“Melayu buat apa? Tak usahlah timbul isu perpaduan itu lagi kerana kami dah baca talkin, jadi apa masalahnya?” tegas beliau. (Sumber : Utusan Malaysia 06/07/2009)

----------------------------------------------------------

Umat Islam Hilang Ketuanan Jika Biar Perpecahan - Tan Sri Harussani (Mufti Perak

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan umat Islam khususnya orang Melayu bahawa mereka akan hilang ketuanan di negara ini sekiranya terus membiarkan perpecahan menular di kalangan mereka.

Sambil mengaitkannya dengan keadaan politik semasa, beliau berkata, keadaan itu tidak harus berlaku kerana ajaran Islam menyarankan supaya semua penganutnya bersatu.

Katanya, semua umat Islam perlu melihat kembali dua perkara utama dalam ajaran Islam iaitu rukun iman yang menyentuh kepada pembentukan sahsiah manakala rukun Islam berkait rapat dengan pembentukan masyarakat Islam.

"Jika umat Islam terlalu suka merebut perkara yang melibatkan kebendaan, maka perpecahan akan berlaku. Keadaan ini dilihat berlaku di Malaysia dan negara lain di seluruh dunia pada hari ini.

"Sekiranya perpecahan ini dibiarkan berlaku sedikit demi sedikit, umat Islam mungkin akan hilang ketuanan," katanya. (Sumber : Utusan Malaysia 04 Julai 2009)